30 Sep 2009

duduk diam..dapat duit!

Tahukah anda bahawa anda boleh memiliki sekumpulan pekerja yang boleh membantu untuk memasarkan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan dengan mudah, cepat dan berkesan?

Apa yang anda perlukan hanyalah satu bentuk sistem pengurusan yang dikenali sebagai sistem affiliate untuk mengurus, memantau serta merekod aktiviti pekerja- pekerja maya ini melakukan pemasaran buat anda.

Yang sebenarnya, pekerja maya ini adalah dikenali sebagai agen affiliate. Mereka ini akan dibayar gajinya hanya apabila mereka berjaya menghasilkan jualan terhadap produk yang dipasarkan.

Senang cerita, mereka diberikan komisyen untuk usaha promosi dan jualan yang mereka lakukan. Anda boleh memiliki pekerja ini secara percuma dengan menawarkan peluang bekerja atau joint venture kepada kenalan- kenalan online anda.

Katakan produk anda bernilai RM50.00, maka anda bolehlah menawarkan komisyen berdasarkan jumlah keuntungan anda kepada agen affiliate ini.

Sebagai contoh produk anda adalah kasut. Harga jualan yang anda tawarkan adalah RM50.00 manakala harga kos produk yang anda perolehi adalah RM20.00.

Ini bererti anda mendapat keuntungan RM30.00 untuk setiap jualan. Anda boleh tawarkan komisyen kepada agen affiliate berdasarkan keuntungan anda. Sebagai contoh anda tawarkan 40% komisyen untuk setiap jualan.

Maka agen affiliate akan menerima 40% x RM30.00 = RM12.00 komisyen dan anda pula menerima RM18.00 keuntungan bersih tanpa melakukan sebarang kerja promosi!

Secara tidak langsung, anda membuka peluang pengguna internet untuk menjana pendapatan menerusi tawaran program affiliate yang anda buka. Mereka yang berminat untuk menjana pendapatan ini, akan mendaftar sebagai agen affiliate anda dan secara tidak langsung menjadi pekerja online anda.

Inilah kehebatan menggunakan system affiliate ke dalam laman web jualan anda. Jika anda belum mengaplikasikan system ini, maka segeralah bertindak dan anda akan dapati hasil jualan dan keuntungan anda pasti akan meningkat.

Jika anda memerlukan cara bagaimana untuk mengaplikasikan system affiliate :