25 Nov 2008

16 Sebab Kegagalan Perniagaan
Oleh: Irfan Khairi

Sudah pasti, tiada siapa inginkan kegagalan dalam perniagaan, namun kegagalan perniagaan tetap terjadi. Ianya dikatakan lebih daripada 90% perniagaan yang dimulakan mengalami kegagalan.
Berikut adalah sebab-sebab kegagalan perniagaan. Pastikan andamenjauhinya!

1: Tiada matlamat
Tiada matlamat yang jelas apa yang ingin dicapai oleh perniagaanyang dibina. Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 1 tahun dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 3 tahun dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 5 tahun dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda 10 tahun dari sekarang? Matlamat akan menentukan arah tuju sesuatu perniagaan.Tanpa matlamat yang jelas, perniagaan tidak mempunyai daya danmotivasi untuk berkembang.

2: Tidak mengutamakan pelanggan
Pelanggan merupakan aset utama apa sahaja perniagaan. Utamakan pelanggan oleh kerana apa sahaja perniagaan berfungsi untukmemenuhi keperluan pelanggan. Ianya sering dikatakan dalam buku-buku perniagaan bahawa pelanggan adalah raja!

3: Tidak usahakan jualan
Keuntungan perniagaan datangnya dari jualan. Amat jarang sekali sesuatu jualan akan datang dengan sendiri. Usahawan perlumengusahakan untuk mendapatkan jualan. Pastikan momentum diteruskanuntuk mendapat jualan demi jualan oleh kerana tanpa jualan, tiadakeuntungan!

4: Tidak sabar
Naluri ramai usahawan adalah untuk menjadi kaya dengan segera.Perniagaan perlu dilihat untuk mendapat keuntungan jangka waktupanjang dan bukan meraih keuntungan maksima pada jangka waktusingkat.

5: Gagal meletakkan prioriti
Ianya dikatakan, 20% daripada usaha akan menghasilkan 80% daripadapulangan. Kesilapan ketara bagi mereka yang tidak bijak meletakkanprioriti adalah memberi fokus kepad 80% usaha perniagaan yang hanyamemberi 20% daripada pulangan. Agihkan kerja-kerja perniagaan yangtidak memerlukan masa dan tenaga anda kepada orang lain supayatenaga dan masa anda dapat ditumpukan pada aktiviti 20% yangmemberi keuntungan 80%.

6: Melakukan sesuatu di luar bidang
Sebaiknya, jalankan perniagaan di mana letaknya kekuatan anda.Memulakan perniagaan yang bukan dalam kekuatan anda hanya akanmengurangkan motivasi anda.

7: Tidak mempunyai daya saingan pada produk atau perkhidmatan
Persaingan semakin sengit dalam arena perniagaan. Sesuatuperniagaan perlu mempunyai daya saingan yang hebat berbandingdengan pesaing dari segi lebih baik, atau lebih murah, atau lebihpantas dari pesaing. Tanpa daya saingan untuk membezakan andadengan pesaing, ianya hanya akan menenggelamkan perniagaan anda.

8: Produk tidak memenuhi keperluan pelanggan
Mempunyai produk untuk dijual adalah langkah utama memulakanperniagaan. Namun, dengan mempunyai produk sahaja, tidak mencukupi.Produk yang dijual perlu dapat memenuhi keperluan pelanggan.Mungkin anda ingin jual bahan kosmetik untuk memutihkan kulit,tetapi produk anda bukan sahaja memutihkan wajah pengguna, ianya menyebabkan kulit berminyak di wajah pengguna pula. Maka, produktersebut tidak dapat memenuhi keperluan pengguna.

9: Produk dan perkhidmatan pelanggan yang tidak berkualiti
Zaman ini, pelanggan mementingkan kualiti produk dan perkhidmatanpelanggan. Oleh kerana persaingan semakin tinggi, terdapatberbagai-bagai pilihan yang boleh dibuat oleh pelanggan. Produk danperkhidmatan yang berkualiti akan menjadi pilihan utama.

10: Gagal mengenalpasti pelanggan
Siapakah bakal pelanggan anda? Dimana komuniti bakal pelanggananda? Apakah kemampuan kewangan bakal pelanggan anda? Bagaimanacaranya anda boleh mencapai bakal pelanggan anda? Strategiperniagaan adalah menetapkan tumpuan pasaran anda (niche market).Dengan menetapkan tumpuan pasaran anda, ianya adalah lebih mudahmengenalpasti pelanggan anda untuk melakukan sebarang jualan.

11: Lemah dalam urusan kewangan
Fahami angka kewangan perniagaan anda. Pastikan setiap transaksiperniagaan diambil kira dan walaupun bunyinya mudah, namun, terlalubanyak perniagaan membelanja lebih daripada apa yang diterima.Bijak dalam berbelanja untuk perniagaan, walaupun usahawan perlumengambil risiko kewangan, namun risiko yang terbaik adalah risikoyang telah diselidik.

12. Gagal mengikut trend semasa dan pasaran
Trend dan pasaran berubah mengikut masa. Satu ketika dulu, walkmanmenjadi pilihan utama muda mudi berhibur, kini trend sudah berubahmenjadi pemain MP3! Usahawan perlu peka kepada trend semasa danpasaran supaya perniagaan sering dikemaskini mengikut arus zaman.

13: Perbelanjaan overhed yang tinggi
Seringkali kos overhed memakan segala keuntungan perniagaan.Pastikan kos overhed adalah pada minimum. Kos overhed termasuk koselektrik, kos pekerja, kos premis, kos air, kos Internet dansebagainya. Kos overhed akan sentiasa dikenakan setiap bulan.Sekiranya kos overhed mencecah RM20,000 setiap bulan, maka,keuntungan perniagaan perlu melebihi RM20,000 hanya untuk mendapatkeuntungan.

14: Tiada perancangan perniagaan
Tidak melakukan perancangan adalah merancang untuk gagal. Sediakanpelan dan langkah-langkah untuk mengembangkan perniagaan anda.Aturkan strategi pemasaran dalam mendapat pelanggan yang ramai.Perniagaan menjadi cemerlang bukan kerana nasib, tetapi keranaperancangan perniagaan yang lengkap.

15: Perancangan tanpa tindakan
Perancangan hanyalah langkah pertama. Perancangan tanpa tindakansusulan tidak akan membuahkan hasil! Pastikan apa yang dirancang,diimplementasikan. Apa akan terjadi sekiranya apa yang dilaksanakantidak menjadi dan gagal? Tidak mengapa, kegagalan akan mengajaranda untuk mengubah perancangan. Kegagalan adalah guru yang palingbaik dalam perniagaan sekiranya anda membenarkan diri andamempelajari dari kesilapan.

16. Gagal berhubung dengan pekerja
Sememangnya agak sukar menjalankan perniagaan dengan sendiri tanpamengagihkan kerja kepada pihak lain. Fahami kehendak dan keperluanpekerja oleh kerana pekerja akan membantu memajukan perniagaananda. Hubungan yang baik dengan pekerja akan memberi motivasikepada pekerja untuk berusaha dengan lebih tinggi dalam memajukanperniagaan anda.Dengan mengetahui dan memahami sebab-sebab kegagalan perniagaan,ianya dapat membantu anda menghindari dari kegagalan perniagaan.Namun begitu, perlu diingat juga bahawa, sekiranya sekiranya rezekiperniagaan tidak menyebelahi anda dan anda menghadapi kegagalan,gagal sekali, bukan bermaksud gagal selamanya. Teruskan usaha olehkerana kejayaan sering dijumpa disebalik kegagalan!

http://www.irfankhairi.com

17 Nov 2008

salam utk jiran2..

Dunia blog ni memang seronok & menakjubkan..selain dari luahan ekspresi diri, juga boleh dijadikan satu medium pemasaran yg hebat. Tahniah la utk pencipta blog ni..
Tapi blog tanpa pembaca ibarat bumi tanpa hujan la pulak..gersang je. So kpd rakan2 disana, jgn lah segan silu nk post sepatah dua sebagai tanda hidup berjiran di alam cyber.. :)

5 Nov 2008

TIPS PILIHAN: Temubual Dr Irfan Khairi & Dato' Dr Fazilah Kamsah

Berikut soalan yang saya ajukan kepada Dato Dr Fadzilah Kamsah yangsaya ingin kongsikan bersama ketika saya menemubual beliau diRadio24 (93.9FM) dalam rancangan "Jutawan! bersama Irfan Khairi":

IK :
Dalam perspektif orang Islam, ramai yang mengatakan takpayahla kaya-kaya. Bersederhanalah. Tak perlulah menjadi jutawan.Betul ke dalam Islam itu sendiri menuntut kita dengan bersederhanadalam bentuk kekayaaan ini?

Dato Dr Fadzilah Kamsah:
Ini adalah salah satu perkara yangseringkali kita terlepas pandang. Ini daripada ulama'-ulama' yang mentafsirkan dan orang ramai tahu serta ustaz-ustaz di luar sana pun beritahu kita yang kita ini adalah 'umattan wasata' ataupun kita ini adalah umat pertengahan. Maksud umat pertengahan itu kadang-kadang ditafsirkan dengan cara yang betul dan acapkali juga ditafsirkan dengan cara yang silap.Pertengahan itu dikatakan seperti "ala, kalau kita mati nanti punkita bawa kain kapan jer bukannya boleh bawa harta benda masukkubur". Maksud bersederhana di situ adalah silap sama sekali sebab sederhana yang dimaksudkan adalah dalam satu konteks yang pernahdisebutkan oleh Nabi S.A.W iaitu: "Allah amat kasih akan hambanyayang apabila melakukan sesuatu kerja dia membuat dengan cara yangterbaik ". Itu adalah soheh riwayat al-Dailami.Jadi kalau hadis itu kita pegang maka Allah akan sayang kepada kitasekiranya kita melakukan yang terbaik di dalam apa jua yang kitalakukan. Jadi dimana pula pendekatan sederhana itu bermaksud?Jadi, saya bertanyakan hal ini kepada ulama'-ulama'dan ulama'mengatakan bahawa pendekatan maksud sederhana dimaksudkan denganseimbang iaitu 'balance'. Ianya juga membawa maksud bahawa kitahebat di dunia dan hebat juga di akhirat. Hebat di rumah dan hebatjuga dengan masyarakat. Itu maksud sederhana yang perluditafsirkan. Sederhana iaitu dari segikata kita perlu hebat dalamapa jua yang kita lakukan dan perlu seimbang. Kita tidak bolehterlalu hebat di dalam masyarakat sehingga rumahtangga terabai, itubukannya seimbang.Itulah sekiranya kita mentafsirkan konsep sederhana dengan betulmaka umat Islam atau bangsa Melayu khususnya akan jadi hebat danakan jadi cemerlang dan tidak akan jadi 'jumud' atau terikat dengantekanan dengan kata-kata, "Buat apa sibuk-sibuk nak jadi kaya". Ituadalah satu pentafsiran yang salah. Bagaimana kita nak bantu danbangunkan umat sekiranya kita tidak kaya dengan cara yang Allah redha.
IK : Apa yang dituntut dalam Islam adalah supaya menjadi cemerlang dalam apa jua yang kita lakukan dan apabila kita cemerlang,pulangannya dalam bentuk wang juga akan jadi cemerlang juga.*
So, lepas ni, kalau ada orang cuba mematahkan semangat anda denganberkata-kata "buat apa lah nak kaya-kaya... bukan boleh bawak masukkubur pun...", anda kini dapat jawapan terus dari, Dato FadzilahKamsah lagi -IK Irfan Khairi